The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can’t have them...
need some vacation.. relaxing...uhh..
Currently Listening to : my own heartbeat!
Rasa tak boleh tidur malam ni. Terlaluuuuu letih kot? Ermm.. harini aku belasah overtime till 9.30 pm. kul 10 lebih br gerak dr opis.heh.. banyak giler file, membukit! tu pun aku just check roughly je. Hopefully tak banyak silap. Huh.. banyak sungguh kerja aku terbengkalai. yg paling aku
risau, proposal kelab ragbi nih. Geram banget dgn bebudak ni,mananya details yg aku mintak tu. Berjeman nak antar kat aku. Till now pon aku still tak dpt lagi.arghh..bosannya korang nih.
Baru aku perasan, hari ni dah 28 Jun. Lagi 2 hari tamatlah bulan June 2004. Ehh.. next month? July.. final exam dah dekat beb! cepat sungguh masa berlalu. Next month gaks harijai Ayan. Aku nak bg dia apa ek? aduishh..kopak lagi. Dah la bulan lepas dia mintak belikan jam priced RM43. mak oii..aku nyer jam pun tak penah aku beli. Suma org bagi.. hehe.. kire oraitlah tu, aku ketuk Angah.. then bila aku dah keja adik2 aku plak yg ketuk aku! huhu.. well.. aku tak kisah pun yg penting aku nak tgk dia happy, sihat dan bernafas!
Lately aku rasa badan sakit2 tul.. terfikir gak nak gi pekena massage aromathreapy. Dulu masa zaman sekolah, almost everweek ader jer aktiviti sukan yg aku buat. Kalau tak netball, sofball.. kalau tak pun time PJK aku main basketball dgn bebudak cina. Heran aku nape ek sukan ni mostly dimonopoli leh bebudak cina? Kalau time PJK kat skolah dulu esp masa f4 dgn f6, takde cikgu yg arah kitaorang main itu ini, tp sebaliknya diberi kebebasan nak main apa pun. Mmg bes.. tp bg aku ini la time nak mengeluarkan peluh. Tamo kasik badan ni manja.. dok atas kusi je. Bila sambung masuk IPTS, satu sukan pun aku tak juin. Ahh..mana taknya berlemak badan! pheww..
(0) comments
Keje..keje keje..
Hari ni aku sampai rumah awal. Kul 6.30 dah jejak rumah. Ermm.. perut terasa lapar sgt. Lunch tadi aku skip, padan la muka. Tertidur kat atas meja. Sib baik meja tersuruk sket.Nak buat dajal pun senang. :D
sampai rumah terus masak nasi. Sib baik lauk ada lagi, masih elok. Tekak ni terasa nak makan fav dish aku, masak lemak ikan masin. Tp kemalasan lah aku nak menyinggah kedai on the way balik. Nak masak pun satu hal..ermm..dah letih seharian mengadap pc kat opis, balik kena masak lagi. Penat woo.. wonder la kalau dah kawin, balik kena masak, kemas rumah. Perghh.. flat!
Nothing much to tell, hari2 sama je. Hari ni dpt la aku mulakan project HCI. Designing a mobile phone. Erm.. guide suma dah ada cuma aku tak reti nak mula kat mana. Sepatutnya ni grouping nyer project, tp br je dpt mgs dr member sorang lagi, dia satu group dgn x aku nyer aweks. ces...he's everywheere.
(0) comments
Mood nak apdate blog
Currently listening to - munyik ekon kat student lounge ni.. kuat beb! sojuk!
I'm bek!
hah.. selang sehari aku apdate blog yg ketandusan isi nih. Well.. since ada internet connection ni, dan nak merelekskan kepala yg dah semakin sakit ni so better aku buat karangan 360++ patah perkataaan bertajuk.. My Weekend. Hehe..
Time being aku br abis lepak + menum2 dgn senior2 aku. Kelas Principle Accounting td, ramai pulak para senior yg juin sekali. Ada Aman, Ken, Tom, Mashirwan dan ade lg yg aku tak kenal nama tp kenal rupa je. Well.. kewl sbb dah lama tak jumpa Aman dgn Ken, masing2 sibuk keje.Till derang ajuk aku dgn gelaran budak kecik. cey..kecik ke aku nih??hehe.. They use to be my close partner, esp Aman. Woopss.. aku anggap they all cam abg2 aku sendri jek a.. tarak makna lain.
Kelas habis 7.30 then pi lepak menum then br sambung tenet balik kat sini. Sunyi sepi takde org kat student lounge, cume 4 notebook users je yg ada.
Nampaknya, aku takleh nak balik kg ler till final. Every weekend ada kelas. Isk..kerinduan yg menjadi2 lah nampaknya kat my little sweetheart kat kg nu.. And this only applicable to Financial Accounting nyer kelas jek. Herk.. calculation nyer kelas takleh tinggal beb! aku dah set target, instead ramai hassler dlm kelas ni, bley stadi sesama derang.
Kul berapa nak balik nih? ermm...got few things tak settle lagi nih. Tgh mendonload sesuatu nih. Tunggu dl ni abis, then in the mean time nak mula touch up proposal ragbi nih.
Got nothing to say anymore. Hopefully.. esok aku bleh habiskan kerja kelab nih. Such a burden beb! Tp kengkawan nyer pasal.. takpo poik!
See ya in heaven..
(1) comments
Dpt task baru sbg Secretary Rugby Club..iskk
Currently listening to VE - Party Like This
Salam.. ha kan dah cakap. Last aku apdate blog ni last 1st of May. Then harini 19 June br aku masuk balik.
Time being aku kat Strudels KL Sentral. Hotspot area la, mana lagi. Nama je broadband, tp aku rasa dial up kat rumah lagi laju. Acc hotspot yg lama dah expired, so terpaksalah beli baru. Dah la aku tgh sengkek ni. aduishh.. tp banyak benda yg delayed kalau tak online. The most important, Presiden Rugby Club (Roy) dah assign aku dgn kerja2 secretarial. As usual, aku kena prepare surat, proposal dan report. We're going for tournament in UKM. Aku lupa la tournament apa. Dr apa yg dia bgtau aku dlm phone.. quite a lot jugaklah. YG aku penin sbb aku kena buat report annual GM which is suppose to be done by sec yg sebelum nih. Termenung sekejap aku. Dateline yg dia bg, by coming Wednesday (23 Jun 04). Mak oiii.. nampaknya kena plan betul2 nih beb. Kalau tak tak tidur malam lagik la jawabnya. Dgn project semester baru nih, hopefully i can make it! Pray for me!
Aktiviti hari ni.. nothing much. Cuma a bit letih jugaklah. Lepas subuh aku tidur balik. Kul 9 bangun, bermula lah aktiviti kemas mengemas. Ya Tuhan...banyaknya habuk. Baru last week aku clearkan suma. Instead, tetiap hari aku sapu. Penuh dgn bulu kucing, kat baju yg tergantung, baju kat rack. phewww.... Taim2 camni lah br terfikir senangnya kalau ada vacum. Sudahnya suma baju2 yg tergantung dan baju kat rack aku bungkus masuk plastic untuk yg aku jarang guna, dan masukkan dlm kotak untuk yg aku slalu guna. heh...pueh ati aku. Tang abuk ni mmg aku elergik sket. Kalau terasa kaki aku pijak something, aku dah gelisah. Habis satu rumah aku mop. Heh.. barulah sedap kaki memijak.
Lepas kemas, basuh baju suma.. barulah mula sesi masak. Ermm.. at first.. nak masak ape ek? ikutkan ati nak goreng bihun je. Kuah kicap campur dgn cili yg mummy buat last week pun ada lagi. Ermm.. end up aku goreng ayam dan buat sambal. Sedap.. cewahh. Kalau dah sorang, masak untuk tekak sendiri semuanya sedap. Kalau masak untuk someone else.. ade je komen nya. Esp kalau masak kat kg, tukang komen paling kuat heh.. Uda. Sabo jer lah. Tp mom gaks yg bes.. ape2 yg aku masak sure dia puji. Aiseh.. bangga sekejap! ahaks..
well ppls.. i hef to move now. Woopss.. ppls?lupe pulak. Bila masa aku open blog ni untuk public? aku rasa takda sesapa pun tau yg aku ada blog sendiri. Tp jarang giler nak apdate, tu pasal aku malas nak bgtau kat member2 or open to public. Tgk la.. later2.
We'll see bila lagi aku nak apdate blog nih. See ya.
(0) comments