<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6447516\x26blogName\x3dTiada+Jawapan\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://tiadajawapan.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://tiadajawapan.blogspot.com/\x26vt\x3d-2583133015439808147', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
The worst way to miss someone is to be sitting right beside them knowing you can’t have them...
Tiada Jawapan
Monday, April 25, 2005
Film Festival on local newsp.
Currently listening to VE-Pop Ye Ye

This week...minggu balik awal. Yeah..auditor ada kat opih. So seme policy yg meraban pun terpaksa diikut.Some of it... clean desk policy, lock pc when u're not around.. bla bla bla.. Meja aku mana bleh bersih.. kalo bersih maknanya aku takda keja la.. But tuday... sungguh2 la aku penat.Las nite kena migrain... tonite pon sakit kepala otak lagik!! Aduihh.. letih tui. Oopps.. baca sket kat bawah neh!!!


Festival Filem Mini pertama di Unitar

Oleh Rosniza Mohd Taha
PELAJAR kursus Kokurikulum Aprisiasi Filem Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) menganjurkan Festival Filem Mini bertema ‘Mendidik Menerusi Filem’ di kampus induk Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Festival yang julung kali diadakan di universiti swasta itu bertujuan mengetengahkan kepentingan filem sebagai ejen pengubah masyarakat dan memberi pendedahan kepada masyarakat kampus Unitar mengenai filem lama dan baru berkualiti yang berada di pasaran.Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Unitar, Profesor Dr Syed Abdul Hamid Al Junid, berkata pelajar yang tergolong dalam masyarakat intelektual seharusnya mempunyai daya pemikiran yang kritis dalam segala bidang yang diceburi termasuk apabila menonton filem kerana di dalam setiap filem pasti ada mesej yang mahu disampaikan oleh penerbit filem terbabit. "Filem yang berkualiti adalah filem yang bukan saja menghiburkan penonton tetapi juga yang mempunyai mesej dan pengajaran yang amat berguna dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Mesej dan pengajaran seperti ini mungkin tidak diajar di mana-mana universiti atau kolej di seluruh dunia," katanya. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Festival Filem Mini dua hari itu termasuk pameran filem, tayangan percuma filem yang diklasifikasikan sebagai filem berkualiti dan Forum Filem yang menampilkan ahli-ahli panel berwibawa seperti Yasmin Ahmad (Sepet), Afdlin Shauki (Buli) dan Hassan Muthalib (Silat Lagenda).Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu membicarakan mengenai arah tuju filem tempatan setelah kejayaan filem Sepet yang memenangi beberapa anugerah antarabangsa seperti The Cretail International of Women's Film France 2005. Forum itu juga turut mengupas isu sensitif seperti penapisan filem dan kelemahan filem tempatan. Turut hadir pada sesi forum itu ialah pelajar, pensyarah Unitar serta artis termasuk AC Mizal dan isterinya Amelia Rosnaida.Antara filem antarabangsa dan tempatan yang ditayangkan sepanjang dua hari festival itu berlangsung ialah The Duck Soup (1933), Shutter (2004), Seven Samurai (1954), The Pianist (2002), Nouvo Cinema Paradiso (1988), City of God (2002), Sepet (2005), Buli (2004), Neon (2004), dan Berlari Ke Langit (2004). Subjek Kokurikulum Aprisiasi Filem yang hanya mempunyai satu jam kredit ini baru diperkenalkan di Unitar pada Januari lalu bertujuan melahirkan graduan yang dapat menghargai seni perfileman tanah air dan antarabangsa.
 
Comments: Post a Comment
TJ @ Ryanis Rendra
Email Me?
F | Single | Malaysian | 20++
Cats Lover.. Else?
Travelling | Watchin Movies | Observing | Sleeping | Reading Books | Hang Out | Outdoor Stuff

Current Mood The current mood of ryanisrendra at www.imood.com

My Fav Links